Terms and Condition
SISMA Home Cleaning Services.

Call Us
018 2007137

sismahomecleaningservices
@gmail.com

Hours
8:00am - 10:00pm
TERMS AND CONDITIONS
SISMA Home Cleaning Services (SSM REG NO 3129292-W)
Terma dan Syarat ini terpakai bagi semua pelanggan SISMA Home Cleaning Services yang melakukan tempahan melalui Laman Web, Whatsapp, Facebook, Instagram, telefon, atau e-mel.
Pelanggan dikira bersetuju dengan terma dan syarat seperti berikut;
Pembersihan Rumah/Pejabat
1. SISMA Home Cleaning Services berhak membuat pindaan sebut harga awal sekiranya keperluan
atau permintaan pelanggan berubah daripada tempahan asal. Sekiranya keadaan rumah adalah
berbeza seperti yang telah dimaklumkan kepada wakil pelanggan kami, pihak SISMA Home
Cleaning Services akan menghubungi pelanggan untuk membincangkan langkah seterusnya
yang boleh diambil; penambahan masa, penambahan tenaga kerja untuk menyempurnakan
kerja pembersihan di rumah/pejabat pelanggan.
2. Perubahan harga yang telah mendapat kata sepakat akan dibincangkan bersama pelanggan
sebelum kerja dijalankan.
3. Premis pelanggan selain yang berada di tingkat bawah sebuah bangunan tanpa lif, caj tambahan
sekurangnya RM50.00 akan dikenakan. Sekiranya premis pelanggan mengenakan caj parkir
kenderaan, pihak SISMA Home Cleaning Services berhak untuk menuntut bayaran caj parkir
tersebut kepada pelanggan kami.
4. SISMA Home Cleaning Services juga tidak akan meneruskan kerja sekiranya sumber air dan elektrik
tidak boleh didapati atau terdapat campur tangan pihak ketiga ketika kerja sedang dijalankan
oleh pelanggan atau mana-mana pihak lain.
5. Pihak SISMA Home Cleaning Services berhak untuk menghalang pihak ketiga daripada mengganggu
ketika proses pembersihan sedang dijalankan sehingga pihak atau wakil pelanggan
sudah memeriksa kebersihan dan berpuas hati.
6. Pembersihan tumpahan cat rumah dan simen adalah tidak termasuk dalam skop kerja pihak
SISMA Home Cleaning Services.
7. Sekiranya pihak SISMA Home Cleaning Services mendapati saluran aliran air rumah/pejabat
pelanggan tersumbat, pihak SISMA Home Cleaning Services berhak untuk tidak meneruskan
pembersihan dikawasan tersebut untuk mengelakkan sebarang kesulitan.
Tempahan dan Pembayaran
1. Tempahan perlu dibuat sekurang-kurangnya 3-5 hari sebelum cucian. Pelanggan akan dimaklumkan
sekiranya tempahan berjaya. Deposit RM100 diperlukan untuk tujuan pengesahan tempahan.
2. Sekiranya pengambilan kunci rumah/pejabat diperlukan oleh pekerja SISMA Home Cleaning
Services diluar Kawasan perumahan/pejabat, atau hari berbeza dari hari perkhidmatan cucian,
penambahan cas akan dikenakan.
3. Pembayaran penuh perlu diselesaikan semasa pihak SISMA Home Cleaning Services sampai di
rumah/pejabat dan sebelum kerja pembersihan dijalankan.
4. Bayaran boleh dibuat secara tunai atau melalui sistem perbankan dalam talian.
CIMB – No Akaun : 8604270893 (SISMA HOME CLEANING SERVICES).
5. Bayaran hendaklah dibuat hanya dalam Ringgit Malaysia.
Aduan dan Tuntutan
1. SISMA Home Cleaning Services memerlukan kehadiran Pelanggan atau wakil semasa permulaan
dan akhir sesi pembersihan supaya pemeriksaan kualiti dapat dijalankan. Jika Pelanggan yang tidak
berpuas hati dengan perkhidmatan pembersihan semasa pemeriksaan, SISMA Home Cleaning
Services akan melakukan pembersihan semula di mana-mana Kawasan yang dinyatakan
pelanggan.
2. SISMA Home Cleaning Services tidak akan menerima aduan yang difailkan selepas sesi
pembersihan tamat.
3. Barangan yang mudah pecah mestilah dialihkan ke tempat yang selamat oleh pihak Pelanggan.
SISMA Home Cleaning Services tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kerugian, sekiranya
terdapat sebarang masalah perlulah dilaporkan semasa keberadaan kami.
4. Pihak pelanggan perlu memastikan tiada barang berharga terdedah dan perlu menyimpan
ditempat yang selamat sebelum pihak SISMA Home Cleaning Services memulakan kerja pencucian.
5. Sekiranya berlaku kerosakan semasa sesi pembersihan, pihak SISMA Home Cleaning Services akan
cuba untuk membaiki barangan atas persetujuan pelanggan.
SISMA Home Cleaning Services berhak untuk tidak bertanggungjawab:
1. Sekiranya lewat untuk sesi pembersihan yang disebabkan oleh kesesakan lalu lintas, kemalangan
jalan raya, tundaan perkhidmatan disebabkan kerosakan peralatan mencuci, pembersihan tidak
sempurna disebabkan gangguan air atau kuasa, ketiadaan bahan/alat pembersihan yang sesuai,
dan terdapat pihak ketiga yang menghalang proses pembersihan di rumah/pejabat pelanggan.
2. Pihak SISMA Home Cleaning Services tidak akan bertanggungjawab kepada sistem
penggera rumah/pejabat. Pelanggan perlu memberi arahan khas untuk mematikan sebarang
sistem penggera rumah/pejabat.
Kepuasan Pelanggan
Bersetuju bahawa pelanggan tidak berhak kepada apa-apa bayaran balik.
Sekiranya pelanggan tidak berpuas hati dengan perkhidmatan yang telah dijalankan selepas perkhidmatan
selesai, SISMA Home Cleaning Services berhak untuk melakukan cucian semula pada mana-mana
barangan bagi menjamin kepuasan pelanggan tertakluk kepada kekosongan jadual. Oleh yang demikian,
pelanggan mestilah membenarkan cucian dilakukan dan perlu berada dirumah/pejabat semasa
proses cucian.
SISMA Home Cleaning Services tidak akan melakukan lebih daripada satu kali cucian semula.
Pembatalan
1. Pelanggan berhak membatalkan tempahan yang dalam tempoh 24 jam sebelum waktu cucian
yang telah dipersetujui.
2. Pelanggan bersetuju untuk membayar 30% daripada sebut harga sebagai caj pembatalan, jika
pembatalan atau menukar tarikh dibuat dalam masa kurang 24 jam daripada waktu yang telah
dijadualkan.
3. Pelanggan bersetuju untuk membayar 30% daripada sebut harga sebagai caj pembatalan sekiranya
berlaku kes pekerja SISMA Home Cleaning Services dilarang memasuki permis; tiada orang di
premis untuk membenarkan pekerja menjalankan tugas; tiada air atau kuasa yang ada di
rumah/pejabat pelanggan atau terdapat masalah dengan kunci pelanggan.
4. Pelanggan bersetuju untuk membayar RM20.00 sekiranya tidak hadir dalam tempoh 30 minit daripada
masa yang telah dipersetujui. SISMA Home Cleaning Services berhak untuk tidak melaksanakan
pembersihan dan penjadualan semula adalah tertakluk kepada proses tempahan baru.
5. Jika deposit telah dibayar bagi menggunakan perkhidmatan SISMA Home Cleaning Services,
pelanggan bersetuju bahawa 100% daripada deposit tersebut boleh digunakan untuk menampung
caj pembatalan.
6. Sekiranya pembatalan servis berlaku dari pihak SISMA Home Cleaning Services, 100% deposit akan
dipulangkan kepada pelanggan.
7. SISMA Home Cleaning Services berhak untuk membuat perubahan kepada mana-mana bahagian
Terma dan Syarat ini tanpa memberi notis awal.
Why Choose Us
Experience
SISMA Home will pay attention to every corner of your living room, kitchen, bedrooms, bathrooms, and more. Your house will get all the attention it needs.
FAST CONFIRMATION
Avoid all the hassle of waiting for quotation or confirmation all day long and get your time slot and cleaning session immediately
SATISFACTION
Hire SISMA Home Cleaning Service now. If you aren’t 100% satisfied with your cleaning, notify us within 24 hours